fbpx

[VIDEO] Guru pedalaman bermotosikal redah lumpur, sungai pulang bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar-gambar yang dikongsikan guru berkenaan di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan, terpaksa meredah sungai dan laluan berlumpur tebal dengan motosikal untuk pulang bercuti.

Menerusi hantaran Ben Zaid di Facebook, dia turut berkongsi gambar-gambar yang dirakam sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah.

“Minggu terakhir sebagai penutup sesi persekolahan 2023. Tahun ketiga aku di sini, maka banyaklah juga kenangan dan pengalaman yang aku kutip sepanjang menjadi pemastautin.

“Pos Balar, wilayah terdampar jauh di hutan belantara tapi penuh dengan cerita yang indah untuk dikongsi.

“Perjalanan hari ini sungguh mencabar. Motor dengan hal motor manakala 4×4 (kenderaan pacuan empat roda) pula dengan hal mereka. Mereka masih di hutan kerana ada yang tercabut tayar.

“Aku dan rakan pula baru menuju pulang ke Kota Bharu. Hujan masih merintik membasah bumi tapi tetap semangat demi keluarga tercinta,” katanya pada kapsyen.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai.

Rata-rata menzahirkan rasa terharu dan bangga dengan semangat guru berkenaan.

“Terima kasih jasa budimu, para guru!,” ucap Perpustakaan Negara Malaysia.

“Seakan tak percaya ini di Malaysia,” komen Nazri Ahmad.

“Hebat cikgu2 pedalaman,” puji Remy Remeddy.

“Jiwa kental, tak semua insan yang bisa menempuhi perjalanan hidup begini. Tabik untuk semua warga SK Balar,” ujar Kru Har. – KOSMO! ONLINE

@cikguoffroad Perjalanan balik cuti hujung tahun paling mencabar.6 jam perjalanan dari sekolah ke Kuala Betis melalui jalan basah dan air sungai besar.Seorang demi seorang tumbang namun bangkit.Gelak ketawa di tengah hutan memecah kebuntuan.Lembah dan gunung jadi saksi.Selamat bercuti semua.Banyak part insyaallah aku share.semuanya indah untuk di kenang #ex5malaysia #cutisekolah #gurupedalaman #sekolahpedalaman #riderkental #cikguoffroad #cikgubenzaid #inspirasi #motivasi #yangkentalpastisampai #pengalamanaku ♬ original sound – adyidnur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI