fbpx

MotoGP: Jentera Honda beri petunjuk positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR mendedahkan beberapa perkembangan positif sudah mula dapat dirasai selepas menguji jentera prototaip RC213V baharu. - AFP

MALLORCA – Pelumba Repsol Honda, Joan Mir percaya pasukan itu mampu mencatat keputusan lebih baik menjelang saingan musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas bergelut sepanjang kempen 2023.

Selepas melakukan ujian terhadap prototaip jentera RC213V yang diubah suai, bekas juara dunia itu mengakui prestasinya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan jentera yang digunakan musim ini.

Justeru, Mir mengakui gembira dengan perkembangan baharu itu memandangkan mereka masih memiliki banyak masa untuk melakukan beberapa perubahan lagi sebelum saingan bagi musim 2024 membuka tirainya.

“Secara jujur, saya sangat gembira kerana inilah pertama kami saya dapat rasakan sesuatu yang berbeza selepas tiba di sini (Honda). Saya fikir kerja keras yang dilakukan membuahkan hasil.

“Dalam keadaan berangin, biasanya sukar untuk mengawal jentera, tetapi kali ini saya rasa lebih selesa dan ia sesuatu yang bagus. Secara keseluruhan, saya gembira dengan kelajuan jentera,” katanya.

Pelumba Sepanyol itu mendedahkan, antara perbezaan yang dapat dirasakan adalah dari segi berat serta cengkaman jentera yang dianggap jauh lebih baik berbanding jentera Honda terdahulu.

“Ketika mula-mula menunggang jentera ini, saya terus dapat rasakan bahawa ia lebih ringan. Berat seperti ini memudahkan saya untuk mengawal jentera, jadi ia boleh menjadi salah satu kelebihan buat saya,” ujar Mir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI