fbpx

Peperiksaan SPM di Melaka pada 20 Februari diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAD menyampaikan sijil kepada kontraktor perumahan pada Majlis Hari Pemohon RMR Bersama SPNB Cawangan Melaka di Dewan Japerun Ayer Molek, Melaka. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang jatuh pada 20 Februari tahun hadapan akan berjalan seperti biasa walaupun tarikh itu adalah cuti umum di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, seramai 4,528 calon akan menduduki peperiksaan pada hari tersebut membabitkan empat subjek.

Subjek tersebut ialah Manahij al-‘Ulum al-Islamiah, pendidikan seni visual kertas dua, pendidikan muzik kertas satu dan reka cipta kertas satu.

Kata beliau, seramai 335 guru peperiksaan juga akan bertugas seperti biasa.

“Tarikh 20 Februari merupakan cuti umum baharu sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara dan ia telah diwartakan oleh kerajaan negeri menggantikan cuti Pengisytiharaan Melaka Bandaraya Bersejarah.

“Saya tidak mahu orang ingat (apabila) cuti umum tiada peperiksaan. Kita tidak boleh tangguh kerana perlu mencari tarikh baharu, menyediakan kertas soalan lain yang akan melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Hari Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI