fbpx

Pelakon Faye Kusairi buka gerai niaga nasi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MULA berniaga nasi ayam sejak dua minggu lalu, pelakon Faye Kusairi berharap dapat membuka sebuah restoran suatu hari nanti.

PETALING JAYA – Lama tidak muncul dengan drama baharu, pelakon Faye Kusairi malah gembira apabila kini bergelar peniaga nasi ayam walaupun hanya membuka sebuah gerai di pinggir jalan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, sejak dua minggu lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Faye atau nama lengkapnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi dalam Instagram miliknya, pelakon tersebut berkata, dia gembira dengan kerjaya baharunya itu sebagai peniaga nasi ayam kerana boleh membuatkan pelanggannya turut berasa gembira.

“Sejujurnya, saya gembira dengan apa yang saya lakukan (berniaga nasi ayam). Kalau pelanggan gembira, saya lagi gembira.

“Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, sudah ada pelanggan tetap. Jadi bertambah bersemangat saya untuk berniaga nasi ayam,” ujarnya.

Ujar pelakon drama Istikharah Cinta itu lagi, niatnya untuk membuka gerai menjual nasi ayam telah lama diimpikan, iaitu sejak hamil anak ketiganya lagi.

“Sebenarnya sejak hamilkan Yaya (anak ketiga) lagi saya sudah berniat untuk buka gerai menjual nasi ayam. Jadi bula sudah sihat daripada berpantang, saya terus buka gerai di sini.

“Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan dan sambutan pun sangat baik. Saya sangat bersyukur. Nasi ayam tidaklah hebat sangat. Sekadar ‘sedap-sedap’ tekak sahaja dan sesuai dengan harganya,” ujar Faye.

Menerusi perkongsian berbeza, pelakon asal Sarawak itu turut memberitahu harapannya supaya dapat membuka sebuah restoran menjual nasi ayam, suatu hari nanti.

“Semoga kami dapat terus berniaga sampailah ada kedai satu hari nanti. Semoga peminat nasi ayam saya tidak jemu dengan air tangan saya.

“Resipi ini daripada mama. Percaya tak kalau saya sudah pun memasak nasi ayam ini sejak saya berusia 13 atau 14 tahun. Mama memang rajin ajar saya memasak,” katanya.

Faye yang juga isteri kepada pengarah drama, Azmi Hatta itu turut berkongsi kesyukuran apabila perniagaan nasi ayamnya mendapat permintaan dan sokongan daripada rakan-rakan artis.

“Sayangku, nak tempah nasi ayam boleh?” kata pelakon Fazlina Ahmad Daud.

“Wah! Nak kena cuba juga,” kata pelakon Faezah Elai.

“Saya doakan agar rezeki awak mengalir seperti air Zamzam yang tidak pernah berhenti,” kata penyanyi dan pelakon, Azza Elite. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI