fbpx

[VIDEO] Jangan Mati Rasa Itu Aina ungguli hari pertama SFMM38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan hasil ciptaan sepenuh Aina Abdul diumumkan sebagai Lagu Terbaik bagi hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di studio NTV7 Glenmarie di sini, hari ini.

Menerusi pemilihan tersebut, Aina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan Alha Alfa.

Mengekalkan momentum, lagu tersebut turut menjadi Lagu Pilihan Alha Alfa untuk hari pertama, sekali gus membawa pulang RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

Hari ini menyaksikan sebanyak 11 buah lagu bertanding bagi merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 iaitu Kaulah Syurga (Asfan Shah/Siti Rosmizah/Khai Bahar&Lia Aziz), Bahagia Milik Kita (Syamel/Ahmad Jeffny/Syamel), Hasrat (Amir Jahari), Oh Wanita (Harry Khalifah/Khai Bahar), Inilah Jalannya (Noh Salleh/Kugiran Masdo).

Sementara enam buah lagi lagu, termasuk Ilusi (Iqie Hugh, Shazriq Azeman/Omar K/ Marsha Milan/Hazama), Tusuk (Iqie Hugh/Omar K/Shiha Zikir), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Waktu (Iqie Hugh/Firdaus Rahmat/John Jeeves/Ziana Zain/Hasif Upin), Kucuma (A. Ramlee/Ezra Kong/Datuk Jamal Abdillah/Wany Hasrita), Racun (Iqie Hugh/Aniq Iffat/Hazel Mukhris/Elica Paujin/Dem Lepak Boyz).

Esok, sebanyak 10 buah lagi lagu akan bertanding pada hari kedua SFMM38 termasuk lagu Astana yang bakal mencuri perhatian ramai esok.

Barisan juri bagi SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail ialah komposer, LY; pemuzik, Datuk Wah Idris; penyanyi rap, Cat Farish; komposer, Helen Yap dan penulis lirik terkenal, Azmeer.

SFMM38 dibawakan khas penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile.  – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI