fbpx

Amaran hujan berterusan di lima negeri sehingga 19 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada terhadap lima negeri berkuat kuasa hari ini sehingga 19 Disember ini.

Menurut MetMalaysia melalui satu kenyataan di Facebook, lima negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Pahang (Rompin), Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan Sabah (Pantai barat, Sandakan dan Kudat) bermula 18 hingga 19 Disember ini,” jelasnya.

Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada petang ini MetMalaysia meramalkan Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor dilanda hujan dan ribut petir.

“Bagi negeri Perak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan Terengganu juga diramalkan mengalami cuaca sama.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah (Pantai Barat, Wilayah Persekutuan Labuan, Pedalaman, Tawau dan Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang),” ulasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI