fbpx

Tesla panggil semula lebih 2 juta kereta elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pusat edaran kenderaan Tesla dilihat di Austin, Texas kelmarin. – AFP

NEW YORK  –  Pengeluar kereta elektrik, Tesla memulakan penarikan semula lebih dua juta kenderaan buatannya di Amerika Syarikat (AS) kerana masalah perisian autopilot, kata pihak berkuasa keselamatan trafik kelmarin.

“Tesla memfailkan penarikan semula kenderaannya dengan agensi ini berkaitan sistem perisian autopilot,” kata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), sambil menambah, kenderaan yang terjejas akan menerima penyelesaian perisian ‘melalui udara’.

Penarikan semula itu melibatkan sejumlah 2.03 juta kenderaan Tesla dan meliputi semua model.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP, NHTSA  berkata, sistem autopilot Tesla ‘boleh menyediakan penglibatan pemandu dan kawalan penggunaan tidak mencukupi yang boleh menyebabkan penyalahgunaannya manakala kelemahan tersebut boleh dijangka.’

“Jika fungsi autopilot digunakan secara tidak betul atau jika pemandu gagal menyedari bahawa fungsi berkenaan diaktifkan, risiko kemalangan mungkin meningkat,” kata NHTSA.

Semua kenderaan yang terlibat akan menerima kemas kini melalui liputan telekomunikasi. Kemas kini itu akan menyertakan amaran tambahan untuk menggalakkan pemandu supaya   sentiasa memegang stereng kenderaan mereka.

Tesla yang berpangkalan di AS, pernah berdepan tindakan undang-undang  berpunca daripada kemalangan kereta, manakala teknologi autopilot atau  bantuan pemandunya mengundang  siasatan oleh NHTSA dan badan kawal selia lain.

Pada 2021, NHTSA membuka kertas siasatan terhadap 11 insiden  melibatkan kenderaan kecemasan pegun dan kenderaan Tesla menggunakan ciri autopilot. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI