fbpx

Penghantar makanan jadi ‘jutawan’ hanya kerana telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVEY memberikan ganjaran dua juta rupiah kepada seorang penghantara makanan kerana menemui telefon bimbitnya di pantai Cangu baru-baru ini. - Foto @archie.davey/TikTok

JAKARTA  – Seorang penghantar makanan bermotosikal menjadi ‘jutawan’ kerana membantu seorang pelancong asing menemui telefon bimbitnya di Pantai Canggu, Pulau Bali, lapor portal berita news.com.au semalam.

Klip video yang disiarkan seorang pelancong Britain, Archie Davey mencatatkan dua juta tontonan di media sosial. Rakaman tersebut menceritakan  tentang tentang  telefon bimbitnya yang hilang.

“Apabila anda hilang telefon di Pantai Canggu, tawarkan dua juta  rupiah (RM602.10) di media sosial sebagai ganjaran,” tulis Davey.

Rakaman video menunjukkan beberapa penunggang motosikal GoJek yang biasanya menawarkan penghantaran makanan giat mencari telefon bimbit itu.

Pelancong itu juga menunjukkan dia mengira 20 keping wang kertas berdominasi 100,000 rupiah (RM30.11) di tepi pantai itu

Sejumlah netizen memberikan komen tentang ganjaran dengan ada yang menulis secara bergurau bahawa ia adalah cara mudah untuk menjadi ‘jutawan’.

Namun, seorang netizen berkata: “Hadiah itu mungkin kecil untuk anda tetapi anda baru saja membuatkan seseorang berasa gembira.”  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI