fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: 86 keterangan, 238 sampel DNA diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kediaman kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Polis merakam keterangan 86 individu dan melakukan sebanyak 238 ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung kes pembunuhan kejam kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keterangan itu diambil hasil ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) yang dijalankan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sin pada Ahad lalu.

“Kita menjangkakan masih ada lagi keterangan yang perlu diambil bagi membantu siasatan.

“Sampel untuk DNA menunjukkan penambahan 10 sampel menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 238 (sampel DNA),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis menjumpai sehelai stoking dalam air bertakung di sekitar anak sungai berhampiran kawasan mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan pada 6 Disember lalu.

Stoking itu merupakan antara barangan yang dihantar ke makmal untuk dianalisis. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI