fbpx

FAM perlu segera ‘pancing’ Mats Deijl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEIJL mengakui memiliki darah Malaysia menerusi salasilah bapanya, namun belum dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya.

MISI untuk ‘rekrut’ lebih ramai pemain berdarah warisan yang berkualiti dalam skuad Harimau Malaya kembali terbuka apabila tonggak pertahanan kelahiran Belanda, Mats Deijl dikatakan memiliki ‘darah’ kacukan Malaysia.

Sebagai rekod, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin sebelum ini mengakui salah satu cara untuk meningkatkan prestasi skuad kebangsaan adalah dengan mencari lebih ramai pemain berdarah warisan.

Situasi ini disebabkan beberapa tonggak berdarah warisan yang berada dalam skuad kebangsaan seperti Dion Cools, La’Vere Corbin-ong dan Matthew Davies dikatakan punca prestasi pasukan semakin memuncak ketika ini.

Menurut laman Instagram frfuturetalents, Deijl yang baru berusia 26 tahun disahkan memiliki darah Malaysia sebelah bapanya, tetapi masih belum dipastikan kesahihannya.

“Benar (saya ada darah Malaysia) menerusi ayah kandung, tetapi agak jauh dan saya tidak pasti betapa jauh (salasilahnya),” kata Deijl menerusi tangkap layar di Instagram berkenaan.

Deijl yang lahir di Vlaardingen beraksi di posisi bek kanan bersama kelab Liga Eredivisie, Go Ahead Eagles sejak tahun 2021 dan berjaya buat 67 penampilan selain menjaringkan empat gol.

Sekiranya benar Deijl memiliki darah warisan, FAM perlu cepat bertindak dalam memastikan skuad Harimau Malaya tidak terlepas peluang untuk mendapatkan seorang lagi pemain berkualiti.

Kehadiran Deijl berpotensi menambah kekuatan khususnya di posisi benteng pada baki saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan bersambung pada Mac depan.

Skuad Harimau Malaya bakal menjalani kem latihan pusat seawal minggu depan sebagai persiapan sebelum mengharungi kempen Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI