fbpx

Sebar video bogel bekas kekasih angkara dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIKO yang disyaki menyebarkan video bekas kekasihnya tanpa memakai pakaian ditangkap polis Bangka Selatan baru-baru ini. - Foto Ist

 

JAKARTA  –  Seorang pemuda ditangkap polis Bangka Selatan di rumah suspek kerana disyaki menyebarkan video bekas kekasihnya dalam keadaan tanpa seurat benang menerusi aplikasi  WhatsApp, lapor portal berita Serambi News hari ini.

Pemuda  itu dikenali sebagai Riko Tampati alias Kidal, 30, dan berasal dari Kepulauan Bangka Belitung. Dia dilaporkan berbuat demikian selepas wanita berkenaan bertindak memutuskan hubungan cinta mereka.

Dia menyiarkan video tersebut dengan harapan bekas kekasihnya akan kembali menjalinkan  hubungan.

 Ketua Polis tempatan, Tiyan Talingga berkata, hasil siasatan mendapati suspek nekad menyebarkan video tersebut  kerana rasa sakit hati hubungan mereka diputuskan oleh bekas kekasihnya.

Riko dituduh melanggar undang-undang maklumat dan transaksi elektronik kerana menyebarkan kandungan tidak sopan.

Tiyan berkata, dia boleh dihukum penjara maksimum enam tahun dan denda satu juta rupiah (RM300.63) jika didapati bersalah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI