fbpx

Saman fitnah, Ketua Pemuda UMNO diperintah bayar abang kandung RM49,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal

MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM49,200 kepada abangnya, Dr. Muhamad Solehin Saleh.

Ini susulan saman fitnah difailkan Muhamad Solehin pada September 2022 berhubung satu hantaran Facebook dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu pada 26 Ogos 2022.

Dalam tuntutannya, Muhamad Solehin berkata, Muhamad Akmal memfitnahnya apabila menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif terhadapnya.

Hakim Mohd. Sabri Ismail membuat ketetapan itu selepas mendapati Muhamad Solehin berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhamad Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Mahkamah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka itu membayar sebanyak RM30,000 sebagai ganti rugi am, RM10,000 ganti rugi teruk dan RM5,000 sebagai ganti rugi teladan kepada Muhamad Solehin.

Muhamad Akmal turut diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM4,200 kepada abangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI