fbpx

Remaja lelaki maut kereta rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa remuk selepas merempuh belakang lori yang parkir di tepi jalan berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat Engkelili, Betong pagi tadi.

BETONG – Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas kereta dinaikinya merempuh belakang sebuah lori yang parkir di tepi jalan, berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat Engkelili, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi.

Menjelas lanjut, beliau berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa bersama seorang lagi mangsa iaitu pemandu merempuh belakang lori terbabit yang parkir di tepi jalan untuk kerja memunggah barang-barang bagi pembinaan jejantas di kawasan tersebut.

“Kemalangan menyebabkan mangsa yang berusia 16 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kereta terbabit.

“Mangsa yang mengalami cedera parah dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, katanya pemandu kereta terbabit yang maklumatnya belum diperolehi telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI