fbpx

MyKid tertunggak dijangka siap hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah - FOTO Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lalu dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, setakat ini sebanyak 160,000 kad pengenalan itu sedang dalam proses pencetakan dan akan diserahkan secara berperingkat.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa komited untuk menyelesaikan isu tunggakan permohonan kad MyKid. Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan sijil kelahiran bagi sebarang urusan dengan pihak kerajaan mahupun swasta sementara menunggu kelulusan permohonan MyKid.

“Ini adalah kerana sijil kelahiran merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan oleh kerajaan. Agensi kerajaan dan swasta juga telah dimaklumkan untuk mengutamakan penggunaan sijil kelahiran,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Aziz Ariffin mengenai status terkini penangguhan pengeluaran MyKid di Dewan Negara, di sini.

Tambah Anuar, kementerian masih mengekalkan Belanda sebagai negara pembekal cip bagi kad pengenalan.

Ini katanya bagi memastikan keselamatan kad yang menjadi keutamaan daripada dieksploitasi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI