fbpx

Wanita maut ketika hantar cucu ke tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan di Kampung Changkat Kinding hari ini.-IHSAN JBPM

IPOH – Seorang wanita yang dalam perjalanan menghantar cucunya ke tadika maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal di Kampung Changkat Kinding, di sini hari ini.

Mangsa, Ng Yoke Lin, 59, mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Shaharuddin Abd. Ghani berkata, sepasukan lapan anggota diatur gerak ke lokasi kemalangan selepas menerima maklumat pada pukul 7.17 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati mangsa telah tersepit di bahagian sisi kereta yang terbalik.

“Anggota menggunakan peralatan ‘hydraulic cutter’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian penumpang kereta.

“Operasi bagi mengeluarkan mangsa mengambil masa hampir setengah jam. Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, penunggang motosikal iaitu pelajar lelaki berusia 17 tahun turut parah manakala cucu perempuan mangsa berusia enam tahun tidak cedera.

Katanya, pelajar terbabit dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

“Kanak-kanak terbabit juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Mayat mangsa pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI