PETALING JAYA – Datuk Armizan Mohd. Ali dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.
Pengisian jawatan itu dibuat susulan kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu. – KOSMO! ONLINE.