fbpx

Lima menteri, lima timbalan menteri baharu selesai angkat sumpah jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Gobind Singh telah keluar meninggalkan pekarangan Istana Negara sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Kesemua lima menteri baharu Kerajaan Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada jam 3.30 petang tadi.

Antara yang terlibat adalah Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Turut mengangkat sumpah pada majlis sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Dalam pada itu, barisan Jemaah Menteri yang baharu dan lama dilihat mula beredar keluar dari Istana Negara sekitar pukul 4.20 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI