fbpx

Buaya 1.2 tan tumpas dengan tujuh das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya seberat lebih 1.2 tan ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Desa Bajau, Lahad Datu semalam.-Foto Ihsan APM

LAHAD DATU – Seekor buaya seberat lebih 1.2 tan berjaya ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Desa Bajau, semalam.

Reptilia berukuran hampir lima meter panjang dan lebar 1.8 meter itu ditangkap di bawah kolong rumah atas air kira-kira pukul 8.50 malam.

Pegawai APM Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Kamel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.38 petang sebelum sepasukan enam anggota APM Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota cuba menangkap menggunakan kaedah jerutan sebanyak tiga kali namun gagal ekoran saiz buaya terlalu besar bertindak agresif.

“Buaya berkenaan juga hampir menyerang seorang kanak-kanak yang ketika itu menyaksikan operasi tetapi anggota APM berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, APM kemudiannya menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu untuk bantuan menangkap buaya terbabit,

“Sebanyak tujuh das tembakan dilepaskan ke arah buaya sebelum disahkan mati akibat das tembakan di arah kepala,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI