fbpx
Hantaran gambar yang dimuat naik di Facebook Zahari Mohd Reba, pagi tadi.

Ibu, Datuk Zayn Rayyan kongsi kenangan bersama ‘anak syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA -Pemergian kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih meninggalkan perasaan sedih dan rindu pada ibu serta datuknya.

Ismanira Abdul Manaf, 28 di Instagramnya memuat naik hantaran memori sambutan hari ulang tahun pertama kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Datuk kepada Zayn Rayyan turut berkongsikan memori terakhir dirinya bersama kanak-kanak itu di Facebook milikya.

Zahari Mohd Reba, 55, berkata, gambar yang dimuat naik merujuk kepada aktiviti terakhir dia sekeluarga bersama Zayn Rayyan.

“Setiap hujung minggu akan ke rumah kami, masuk pintu rumah akan cari Tok Ayahnya dulu & cium Tok Ayah “Cayang Atok ni”.

“Apa istimewa mu Zayn, semua orang suka sama awak Tok Ayah tak boleh tengok raut wajah mu, Setiap kali merenung gambar wajah mu, air mata berderai jatuh ke lantai, Tok Ayah redho apa yang telah berlaku.

“Ini adalah Qada dan Qadar Tuhan, Allah lebih menyayangi mu Zayn. Tok Ayah, Wan Mi, Pok Ngoh, Pok Teh & Pok Su sayang sama kamu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN