fbpx

Harga rumah Apartmen Idaman naik kerana tragedi Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik Apartmen Idaman naikkan harga rumah ekoran kes tular Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Siapa sangka disebalik tragedi kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang menjadi detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia, ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menaikkan harga rumah Apartmen Idaman tersebut.

Perkara tersebut telah dikongsi oleh pengasas Arzone Properties, Azie Nawawi di laman Facebook miliknya.

Azie berkongsi, seorang pemilik rumah di Apartmen Idaman iaitu lokasi arwah Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia telah menaikkan harga disebabkan kes yang tular itu.

“Dua minggu lepas, saya dapat senarai daripada kenalan yang nak jualkan rumah Apartmen Idaman, Damansara Damai. Ketika itu, harga unit tingkat bawah ialah RM168,000. Pemilik nak jual segera.

“Kemudian beberapa hari yang lepas, ada calon pembeli yang berminat nak beli. Bila tanya nak tengok rumah, pemilik kata dah tukar harga kepada RM200,000,” jelasnya.

Katanya, pemilik rumah tersebut mengatakan ia kerana apartmen tersebut telah menjadi popular.

“Dia kata sebab apartmen ini sudah popular sekarang. Hari-hari masuk televisyen. Semua orang kenal, kenalah naikkan harga.

“Ini betul-betul ‘menangguk di air keruh’ ni. Tak kira isu apa, asal boleh. Saya pun speechless (tergamam) tak tahu nak nasihat macam mana. Saya hanya mampu jawab “Okay baik tuan. Saya harap tuan dapat jual rumah tuan ni cepat, mudah lagi dipermudahkan”,” tulisnya di laman Facebook.

Hantaran tersebut telah menerima kritikan daripada sebehagian pengguna laman sosial dan ada juga segelintir yang berasa hairan mengapa masih ada yang ingin menyewa di apartment tersebut sedangkan penjenayah masih lagi bebas.

“Tiba-tiba pemilik jadi tamak. Biasa kalau kes begini harga apartmen akan turun, bukannya naik,” kata Fahimah Mahayuddin.

“Tempat itu dah menjadi menakutkan lagi nak naik harga. Budak-budak pun dah takut nak main dekat taman permainan situ,” komen May Herda.

Sebelum ini, pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI