fbpx
Tangkap layar perkongsian yang dimuat naik di Facebook, milik Ahmad Nadzrul.

Guna nama Palestin kaut hadiah dalam ‘live’ TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sejak tercetusnya konflik antara Palestin dan Israel, sekumpulan individu telah muncul menyamar sebagai rakyat Gaza dengan tujuan untuk mendapatkan hadiah daripada penonton.

Melalui perkongsian oleh Ahmad Nadzrul di Facebook, dia memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya oleh individu yang menggunakan isu negara Palestin sebagai alat untuk meraih ‘gift’ daripada penonton melalui siaran langsung.

“Biasanya mereka gantung bendera Malaysia, Indonesia dan Palestin pada dinding. Sepanjang ‘live’ mereka akan ratib nama Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Tambahnya, individu-individu ini langsung tiada kaitan dengan Palestin dan mereka berasal dari negara Timur Tengah, Syria.

Menurutnya, ramai pengguna media sosial yang telah terpedaya dengan mereka kerana seolah-olah mewujudkan suasana yang menggambarkan keadaan negara itu yang sedang bergolak.

“Sepanjang Palestin dibom dan bergelap akibat ketiadaan bekalan elektrik, mereka membuat siaran langsung selama tujuh hingga lapan kali sehari. Sepanjang mereka ‘live’ juga tidak pernah kedengaran bunyi bom ataupun senapang.

“Tak salah nak beri ‘gift’ pada mereka, tapi mereka bukan dari Palestin. Itu faktanya,” luah Nadzrul.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian daripada Kosmo! menunjukkan ramai yang keliru dengan menganggap individu ini berasal dari Palestin.

“Saya sudah lama perhati akan tindakan mereka ini. Suka ambil kesempatan atas keperitan saudara kita di Gaza,” komen Baim.

“Mereka nampak macam pelarian sebab duduk dalam khemah. Kalau tak silap dekat kem Syria, ramai yang hilang tempat tinggal selepas perang pada 2015, ” kongsi Jaa.

“Wakil kami dekat Gaza nak hantar gambar agihan sumbangan pun susah sebab internet dan elektrik terhad kena jimat bateri. Inikan pula nak buat ‘live’,” tambah Elly. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI