KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Negara hari ini.
Amir Hamzah menyertai KWSP pada tahun 2021 merupakan anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.
Beliau sebelum ini pernah mengetuai Tenaga Nasional Berhad sejak tahun 2019 sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif KWSP.
Susulan rombakan Kabinet hari ini, Amir Hamzah dikatakan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Dalam pada itu, turut mengangkat sumpah sebagai Senator hari ini ialah Zulkifli Hasan.
Zulkifli sebelum ini merupakan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USM). – KOSMO! ONLINE.














