fbpx

Amir Hamzah Menteri Kewangan II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga tokoh korporat, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidng akhbar di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul itu menyertai KWSP pada tahun 2021.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif KWSP, beliau mengetuai Tenaga Nasional Bhd (TNB) sejak tahun 2019 dan mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam dunia korporat.

Amir pernah berkhidmat di Kumpulan Syarikat Shell, MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd, dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI