PETALING JAYA – Ajinomoto (M) Berhad (AMB), nama yang dipercayai dalam dunia kulinari baru-baru ini memperkenalkan Ajinomoto Gyoza, iaitu ladu Jepun dengan kombinasi sempurna daging ayam dan sayur-sayuran, dibaluti kulit nipis yang rangup setelah digoreng.
AMB dalam satu kenyataan berkata, selain memberikan rasa gyoza Jepun yang autentik, produk tersebut turut menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, yang mengukuhkan lagi kedudukan AMB sebagai syarikat makanan halal yang dipercayai.

“Sama ada digoreng atau dikukus, Ajinomoto Gyoza cepat dan mudah untuk disediakan, dengan tempoh memasak hanya lima minit.
“Untuk rasa terbaik, kami mencadangkan kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit kerana ia adalah kaedah memasak gyoza Jepun yang autentik,” ujarnya.
Ajinomoto Gyoza kini boleh didapati di cawangan Jaya Grocer dan Don Don Donki berdekatan. – KOSMO! ONLINE