PETALING JAYA – Lelaki yang diberkas kerana membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala di sini kelmarin, kembali mengambil dadah selepas tiga hari dibebaskan dengan ikat jamin.
Ketika kejadian pada pukul 7 malam itu berlaku, suspek yang menganggur berada dalam keadaan khayal dan menikam kedua-dua ibu bapanya yang berusia 82 dan 72 tahun secara bertubi-tubi.
Kesan tikaman dijumpai di seluruh badan.
Tragedi berdarah itu berlaku di ruang tamu rumah warga emas tersebut sebelum suspek bertindak melarikan diri sebelum ditahan kira-kira 10.30 malam.
Dia dikatakan menyorok dikawasan hutan berhampiran Terowong Penchala Lebuh Raya Sprint menghala ke bandar raya.

– Suspek berusia 42 tahun
– Masih bujang, penganggur
– Tinggal dengan ibu dan bapanya
-Seorang penagih dadah positif methamphetamine, amfetamin dan morfin
– Ada sembilan rekod jenayah dadah
– Pernah diberkas polis atas kesalahan dadah dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin oleh ibunya sebanyak RM2,000
-Selepas seminggu dibebaskan, suspek sekali lagi ditahan atas kesalahan membunuh ibu bapanya pada malam 9 Disember.

-Suspek berjaya diberkas dalam keadaan khayal dan kini ditahan reman selama tujuh hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut
-Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh