fbpx

Setahun Kerajaan Malaysia Madani, tiada menteri terlibat rasuah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada majlis penutup program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Bukit Jalil tadi. - Foto oleh IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah berbeza dengan pentadbiran sebelumnya yang mencatatkan prestasi lebih baik dan telus.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu boleh dilihat oleh rakyat menerusi kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang 12 bulan kerajaan diterajuinya mentadbir negara.

“Saya berpendapat, melihat kepada prestasi, alhamdulillah walaupun saya tidak mahu takabur. Manusia ini ikhtiar melakukan perubahan, tetapi cari jalan supaya tambah. Saya cadangkan rakyat apabila melihat, sekarang di sini dan bulan depan di Selangor, serta di negeri-negeri lain, ambil kesempatan, lihat kejayaan-kejayaan.

“Lihat cara (Kementerian Pertahanan), itu berbeza. Cara kita beli senjata (kontrak). Tiada komisen, tiada ejen yang ambil ratus juta ringgit. Kontrak-kontrak kita lebih telus. Setahun ini, menteri-menteri tdak ada rekod seorang pun yang disiasat pasal rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog Malaysia Madani sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sebelum itu, seorang pengunjung, Nadim Yusof menyatakan kepada Anwar bahawa Kerajaan Perpaduan dilihat kurang memiliki semangat berpasukan dalam mengurus negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, persepsi tersebut perlu diubah dan rakyat harus melihat setiap pencapaian secara menyeluruh dan adil.

“Ini persepsi kita kena ubah, sebab kalau kita catat pelaburan ratusan bilion, itu bukan kerja Anwar satu orang. Tak mungkin, ia melibatkan pelbagai agensi dan kementerian.

“Rakyat juga harus adil, dia boleh menilai prestasi A, B dan C. Namun setiap kementerian ada usaha, dan kita tidak akan dapat catat perubahan sepertimana kita catat tanpa pasukan yang mantap dan komitmen kepimpinan secara keseluruhan,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI