fbpx

Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani diteruskan di Selangor Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap pada sesi dialog bersama pada Majlis Penutup Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil tadi. - Foto oleh IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani akan diteruskan di Selangor pada Januari depan dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan pentadbiran kerajaan secara lebih menyeluruh kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah menyatakan persetujuan untuk melaksanakan program itu di mana negeri itu akan menjadi negeri pertama memulakan laporan berkenaan.

“Kita akan turunkan dengan kemudahan disiapkan bermula Januari, Menteri Besar Selangor telah setuju untuk mulakan laporan ini di Selangor.

“Ia seterusnya akan dipindahkan ke negeri lain dengan kos lebih rendah untuk siapkan laporan sama dengan sedikit pertambahan daripada kerajaan negeri,” katanya pada sesi dialog sempena Majlis Perasmian Penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di sini tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI