fbpx

Pasangan warga emas ditikam bertubi-tubi seluruh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pasangan warga emas yang ditemui mati dibunuh di Kampung Sungai Penchala malam semalam, mempunyai beberapa kesan tikaman di seluruh badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, terdapat enam eksibit (barangan kes) yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika menjalankan jenayah tersebut.

“Antara eksibit yang ditemui ialah mata pisau, hulu pisau, satu unit helmet, sebuah meja kayu bulat, sebatang kayu, serpihan kayu dan sepasang kasut berwarna hitam dipercayai milik suspek.

Tambahnya, ujian air kencing turut mengesahkan suspek positif tiga jenis dadah iaitu amfetamina, methamphetamine dan morfin.

“Kami turut menemui beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa. Elakkan sebarang spekulasi. Sebarang maklumat lanjut perlu tunggu laporan bedah siasat terlebih dahulu,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Difahamkan, tempoh tahanan reman terhadap suspek adalah selama tujuh hari bermula semalam sehingga 16 Disember.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemui mati selepas dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala.

Difahamkan lelaki berusia 42 tahun itu telah membunuh ibu bapanya sekitar pukul 7 petang semalam.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah, minggu ini.

Bagaimanapun, sebaik pasukan polis tiba di lokasi kejadian, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI