fbpx

Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kuat, sukar ‘tebuk atap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada majlis penutup program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Bukit Jalil tadi. - Foto oleh IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Hubungan kerjasama antara semua parti dalam Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai sangat baik sekali gus menyukarkan berlakunya gerakan ‘tebuk atap’.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi dialog Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini tadi.

“Soalan itu kerana takut ada tebuk atap. Sekarang ini bumbung kita bumbung konkrit.

“(Malah), saya dalam Jemaah Menteri belum ada sekalipun pertelagahan atas nama perbezaan parti.

“Insya-Allah, kita ada kekutan sekarang, kita tumpu bukan pertelagahan parti politik, tetapi bagaimana mengangkat martabat negara. (Jadi) yang terdesak akan gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab cadangan seorang pengunjung yang mencadangkan kerajaan untuk membuat satu organisasi politik sahaja dan tidak perlu bercampur.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua parti Kerajaan Perpaduan memberi dukungan sepenuhnya kepada Anwar untuk terus terajui kerajaan.

“Malah dalam setiap mesyuarat, sekretariat telah memberi laporan bahawa, jika terdapt perbezaan pndangan di akar umbi, ia bukan pendapat atau pendirian parti, tapi individu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI