fbpx

Sultan Nazrin berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah pengurusan, (PHD) kepada Kakaire Abdu, di Istiadat Konvokesyen USAS ke-16 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA.KOSMO!

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Naib Canselor USAS, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof serta pentadbir tertinggi negeri.

Istiadat konvokesyen universiti itu berlangsung bermula hari ini sehingga esok dengan menyaksikan seramai 1,525 graduan diraikan.

Bilangan graduan itu merangkumi penerima Ijazah Doktor Falsafah seramai 12 orang, Ijazah Sarjana seramai 34 orang, Diploma Pascasiswazah 9 orang manakala Ijazah Sarjana Muda adalah 778 orang dan 692 graduan Diploma.

Pada hari pertama juga, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Diploma Pascasiswazah kepada para penerima.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor, Anugerah Menteri Besar Perak, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat serta Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial.

Wan Sabri dalam ucapannya berkata, konvokesyen itu juga bersejarah buat USAS kerana berjaya melahirkan graduan antrabangsa pertama daripada pengajian Ijazah Doktor Falsafah iaitu tiga dari Uganda dan seorang dari Thailand.

“Pencapaian para graduan ini adalah bukti bahawa ilmu pengetahuan tidak mengenal sempadan dan bakat akademik merentasi pelbagai budaya. Kehadiran mereka memperkayakan pengalaman pelajar USAS dan sebaliknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI