fbpx

Pindah penduduk lebih baik dari bina ban banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan perumahan di Jalan Rantau Panjang Kanan, Bestari Jaya yang dilanda banjir hujung bulan lalu.

KUALA SELANGOR – Kira-kira 70 penduduk melibatkan 15 buah rumah di kawasan Jalan Rantau Panjang Kanan, Bestari Jaya wajar dipindahkan ke lokasi perumahan baharu bagi mengelakkan terus menjadi mangsa banjir.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, penduduk kawasan tersebut berisiko dilanda banjir disebabkan kediaman mereka terletak hanya kira-kira 10 meter dari tebing Sungai Selangor.

“Isu kekerapan banjir yang sering dihadapi penduduk kampung terbabit telah dibawa kepada kerajaan negeri sejak pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok).

“Pada saya, penyelesaian mampan adalah dengan memindahkan penduduk di kawasan lain yang lebih selamat dan tidak terdedah kepada banjir,” katanya selepas majlis perasmian cawangan Segi Fresh ke-100 di Ijok, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di Jalan Rantau Panjang Kanan, Bestari Jaya merayu kerajaan mempercepat projek menaik taraf ban di kampung itu bagi mengelakkan kejadian banjir terus berulang.

Para penduduk berharap pembinaan ban disegerakan terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI