fbpx

Pertimbang luas Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di setiap negeri – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan lawatan di Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan bagi memperluaskan lagi program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani ke setiap negeri di masa akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan sambutan yang amat mengalakkan daripada pengunjung pada penganjuran kali ini yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Katanya, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan.

“Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dengan kerjasama jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sangat memuaskan.

“Saya saksikan minat rakyat bertambah baik, jika nampak begini kita mungkin menimbangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan sama ada kita boleh pindahkan kegiatan pameran seperti ini supaya memberi pencerahan kepada rakyat di setiap negeri di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di sini, hari ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, sejumlah 36 reruai kaunter perkhidmatan disediakan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan sebanyak 102 perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

Antara perkhidmatan menarik ialah kaunter tawaran kemasukan secara terus ke Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti, kaunter pendaftaran dan semakan status bantuan e-Kasih, perkhidmatan Skim Perubatan Madani, konsultasi dan permohonan pembiayaan serta latihan usahawan.

Hari kemuncak penutupan program berkenaan akan berlangsung esok bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI