fbpx

Maaf, saman JPJ memang tiada diskaun – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memang tidak diberikan diskaun, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke berkata, sejak beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada 2018 lalu telah menetapkan dasar bahawa tiada diskaun akan diberi kepada mereka yang menyalahi undang-undang jalan raya.

Katanya, ini bagi memberi gambaran jelas bahawa jabatan berkenaan tegas dalam melaksana serta mendidik pengguna jalan raya agar lebih patuh di masa akan datang.

“Kita juga mahu memberi mesej kepada orang ramai bahawa saman adalah untuk mendidik, tetapi kalau kita beri diskaun seolah-olah ia seperti boleh ditolak ansur.

“Kita dapat maklum balas daripada orrang ramai juga jika kita bagi diskaun tidak adil kepada mereka yang membayar saman pada masa yang ditetapkan atau awal,” katanya selepas mengadakan lawatan di reruai Kementeriannya pada Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berhubung tiada tawaran diskaun saman JPJ pada progam tersebut.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, tiada diskaun ditawarkan bagi saman JPJ sepanjang Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani berlangsung hingga esok.

Sekretariat program berkenaan dalam kenyataan berkata, perkhidmatan JPJ yang ditawarkan pada program kali ini antaranya, pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL dan PDL), pembaharuan lesen memandu vokasional (PSV dan L). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI