fbpx

Julang Piala Malaysia penamat musim yang ‘indah’ – Esteban Solari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain JDT menjulang trofi keempat musim ini selepas turut bergelar juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super. - Foto Amir Khalid/KOSMO

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari yang mengakui Terengganu FC (TFC) telah memberi cabaran buat pasukannya selepas menjulang trofi Piala Malaysia apabila melakar kemenangan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kata Solari, kejayaan mempertahankan trofi Piala Malaysia sekali gus melengkapkan gelaran quadraple buat kali kedua berturut-turut telah menamatkan tahun yang cukup indah.

“Kami gembira untuk dapatkan gelaran keempat musim ini. Ia aksi sukar apabila TFC beri tentangan sengit dan mereka menampilkan pertahanan cukup kental,” katanya pada sidang media selepas aksi final itu.

Pada aksi semalam, skuad Harimau Selatan meraih gol hasil jaringan Bergson da Silva, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi manakala TFC mendapatkan jaringan tunggal hasil ledakan Ivan Mamut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI