fbpx

Biarkan mereka menilai awak – BCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL menganggap setiap pandangan orang ramai mengenai suaminya yang juga ahli perniagaan tidak sepatutnya menjadi isu besar yang perlu diambil serius.

PETALING JAYA – Sedar dengan tohmahan ramai, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL meminta suaminya, Tiko Aryawardhana tidak menghiraukan sebarang kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya.

Bagi BCL, 40, setiap pandangan orang ramai mengenai suaminya yang juga ahli perniagaan tidak sepatutnya menjadi isu besar yang perlu diambil serius.

Perkara itu disuarakan pelantun lagu Ingkar itu sempena ulang tahun kelahiran Tiko semalam.

“Biarkan mereka menilai, salah faham dan mencipta gosip mengenai awak.

“Pandangan mereka bukanlah masalah awak. Teruskan menjadi individu yang baik, komited dengan cinta dan bebas dalam keaslian awak,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, dia juga meminta Tika jangan sesekali memandang rendah dengan setiap kelebihan dan kemampuan sendiri.

“Walau apa sahaja yang mereka cakap, jangan sesekali rasa ragu dengan nilai diri sendiri atau keindahan untuk sebuah kebenaran.

“Teruskan bersinar seperti yang awak pamerkan. Selamat ulang tahun kelahiran Tiko Aryawardhana,” tuturnya.

Pada 2 Disember lalu, BCL itu selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dengan Tiko, 43, yang merupakan duda kepada tiga cahaya mata perempuan semalam.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Bali, Indonesia dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat termasuk keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair dan teman rapat sahaja.

Tiko sebelum ini dilaporkan bercerai dengan bekas isteri pada 2021 dan dilaporkan bercerai kerana isu pembayaran nafkah sepanjang perkahwinan.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Ashraf disahkan meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI