fbpx

Beribu-ribu ikan sardin, kembung terdampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIBUAN ikan mati di pantai Pulau Hokodate, Jepun, Khamis lalu. - Foto The Yomiuri Shimbun

TOKYO  – Beribu-ribu ekor  ikan mati ditemui  terdampar di pantai Pulau Hokodate, utara Jepun pada Khamis lalu, manakala punca kejadian masih  tidak diketahui, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.

Kebanyakan ikan yang mati adalah ikan sardin dan ikan kembung. Bangkai hidupan laut itu  terbentang kira-kira 0.8 kilometer di sepanjang pantai Pulau Hokodate. Penduduk tempatan berkata, mereka tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku.

Pegawai-pegawai kerajaan kemudian menyiarkan amaran di internet menggesa orang ramai supaya tidak memakan ikan mati tersebut.

Amaran dikeluarkan selepas orang ramai membungkusnya untuk dimakan atau dijual.

Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan Hakodate, Takashi Fujioka berkata, dia mendengar tentang fenomena ribuan ikan mati terdampar beberapa kali sebelum ini tetapi ini kali pertama dia melihatnya sendiri.

“Satu punca yang mungkin berlaku ialah kumpulan ikan itu dikejar oleh ikan pemangsa,  menjadi letih dan dihanyutkan oleh ombak. Punca lain mungkin ialah kumpulan ikan itu memasuki perairan sejuk semasa penghijrahan dan kemudian dihanyutkan ke pantai. 

“Ikan yang mereput boleh menurunkan paras oksigen dalam air dan menjejaskan persekitaran marin. Kami tidak pasti dalam keadaan apa ikan ini dihanyutkan. Jadi, saya tidak mengesyorkan anda memakannya,’ tambah Fujioka. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI