fbpx

Belum ada pemilik ‘dashcam’ tampil beri rakaman video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempat terakhir Zayn Rayyan didakwa bermain sebelum berjalan ke tangga bersama ibunya,.

PETALING JAYA – Polis masih belum menerima sebarang rakaman video papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan yang diletakkan di kediaman Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, perkara tersebut dijangka mampu membantu siasatan dan dijadikan bukti baharu berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan.

“Saya memohon kepada individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka di kenderaan mereka untuk tampil dan memberikannya kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Tambah beliau, khidmat empat anjing Unit Anjing Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dipertaruhkan ke lokasi kanak-kanak bagi mengesan sekiranya terdapat penemuan petunjuk baharu.

“Kita juga gerakan pasukan forensik bagi mengesan penemuan-penemuan baharu yang boleh membawa kepada suspek

“Kita (polis) tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha menjejak suspek ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi dan menyebarkan sebarang maklumat palsu kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Sekiranya ada komen-komen daripada orang ramai yang palsu dan menganggu ketenteraman awam serta mencemar maruah kepada keluarga itu, kita akan ambik tindakan tegas kepada mereka yang menyebarkannya.

“Sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI