fbpx

Azira Shafinaz menang Pelakon Wanita Komedi Terbaik Asian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azira Shafinaz menzahirkan rasa gembira dan bangga selepas menyifatkan pembabitannya selama 10 tahun dalam industri hiburan sebagai berbaloi selepas memenangi anugerah sulungnya itu.

PETALING JAYA – Penantian dan penat lelah penyanyi dan juga pelakon Azira Shafinaz selama 10 tahun berkecimpung dalam industri dunia hiburan akhirnya berbayar selepas dia berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards, baru-baru ini.

Majlis anugerah yang berlangsung di Singapura itu menyaksikan Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 32, memenangi trofi untuk kategori tersebut menerusi lakonannya dalam drama bersiri mencuit hati, Ijab Kabut yang memulakan siaran di Viu bermula 13 Oktober 2022.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Azira dalam Instagram miliknya, pelakon tersebut menzahirkan rasa gembira dan bangga selepas menyifatkan pembabitannya selama 10 tahun dalam industri hiburan sebagai berbaloi selepas memenangi anugerah sulungnya itu.

“Benarlah kata orang, dedikasi dan kerja keras akhirnya berbaloi.

“Selepas 10 tahun dalam industri hiburan, saya menerima anugerah pertama sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards untuk drama Ijab Kabut,” tulisnya.

Pada masa sama, ahli kumpulan De Fam itu turut meluahkan pemghargaan dan terima kasih kepada individu yang memberi kepercayaan terhadapnya untuk berlakon dalam drama bersiri tersebut.

“Tiada kata dapat menggambarkan betapa bersyukur dan berbesar hati atas pengiktirafan yang saya terima ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam Ijab Kabut. Ini adalah kejayaan untuk Malaysia,” ujarnya.

Dalam anugerah tersebut, Azira berjaya mengalahkan tiga lagi calon iaitu Jeanie Ng Ka Yan dari Hong Kong, Ratna Pathak Shah (India) dan Isabelle Daza (Filipina).

Selain Azira, drama Ijab Kabut arahan Faliq Sharif itu turut dibintangi oleh pelakon Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alaudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI