fbpx

[VIDEO] Abang TNB sedekah jajan dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang sedang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Seorang petugas pembaca meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkongsi rezeki ketika menjalankan tugas mendapat pujian orang ramai.

Satu klip video yang tular di media sosial menyaksikan seorang petugas TNB memberi gula-gula kepada kanak-kanak ketika melakukan tugas membaca meter turut menyentuh hati.

Video tersebut menunjukkan petugas itu akan berkongsi gula-gula kepada kanak-kanak di setiap rumah yang dikunjunginya.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut juga menganggap pemberian itu kemungkinan adalah cara yang selalu dilakukan oleh petugas itu ketika melakukan tugasannya.

“Kalau saya tengok dengan budak menunggu sahaja abang TNB tu, maknanya dia memang selalu buat begitu,” ujar Liayana Sabri.

“Suka tengok abang ni mesra je dengan anak-anak disamping berkongsi rezeki. Bagus boleh jadi pekeria contoh ni,” kata Jalil Hamat.

“Tahniah bang, teringat pula masa saya kecil dulu, pakcik posman akan beri saya gula-gula macam ni la kepada saya adik beradik,” kata Fara Hanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI