fbpx

20 individu dirakam keterangan, baju sekolah Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan

PETALING JAYA – Polis Selangor telah merakam keterangan 20 individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga telah menghantarkan pakaian mangsa ketika ditemui ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Katanya, polis sedang menjalankan operasi mengumpul maklumat secara besar-besaran dalam mencari petunjuk yang boleh membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu.

“Seperti yang saya sebut semalam, kes bukan ‘straight forward’, keterangan yang ada adalah terhad. Justeru kita masih mengumpul maklumat termasuk menunggu keputusan analisa forensik daripada Jabatan Kimia.

“Menerusi hasil forensik itu nanti dapat memberikan kita ‘clue’ (petunjuk) bagi kita mengecilkan skop siasatan kita seterusnya mengesan,” katanya di sini.

Tambah Hussein, setakat ini pihaknya sudah merakam keterangan 20 individu termasuk ibu bapa mangsa dan lelaki yang menjumpai mayat Zayn Rayyan malam Rabu lalu.

“16 dirakam keterangan termasuk jiran dan komuniti penduduk di tempat kejadian dan kawasan berhampiran serta guru sekolah, manakala selebihnya adalah ibu bapa mangsa dan saksi,” ujarnya.

Mengulas mengenai proses mengumpul maklumat menerusi pemeriksaan rumah ke rumah, Hussein memaklumkan proses itu akan dijalankan semula pada petang dan malam ini.

“Setakai ini kita sudah selesai menjalankan proses itu di tiga daripada 18 blok kediaman yang ada di Apartmen Idaman membabitkan 540 unit rumah.

“Kita akan sambung semula pada petang dan malam ini,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI