fbpx

[VIDEO] Piala Malaysia: Kualiti padang masih teruk, SNBJ hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka 'becak' pada aksi final Piala Malaysia nanti.

KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Sejak gambar tular pada Isnin lepas, keadaan padang yang jelas koyak serta di bahagian tengah dijangka mengganggu tempo permainan kedua-dua pasukan nanti.

Lebih parah, cuaca sekitar Bukit Jalil bertambah buruk apabila hujan lebat mula turun sejak pukul enam tadi.

Apa yang membimbangkan ialah sekiranya perlawanan pada malam ini dijangka berlangsung dalam keadaan hujan yang sekali gus akan menyebabkan berlaku kerosakan yang lebih teruk kerana seperti ‘becak’.

Keadaan padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton.

Namun, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil inisiatif untuk memohon maaf pada saat akhir buat kedua-dua pasukan JDT dan TFC kerana gagal menyediakan padang pada tahap piawaian seperti yang sepatutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI