fbpx

[VIDEO] Dron tinjau lokasi penemuan Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dron diterbangkan setinggi 30 meter bagi meninjau lokasi berhampiran.

PETALING JAYA – Polis menerbangkan dron setinggi 30 meter di lokasi penemuan mayat kanak-kanak autistik yang ditemui di sebatang anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.

Tinjauan di udara itu dilakukan sepasukan anggota dari Unit Drone Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman selama kira-kira 20 minit bagi membantu siasatan lanjut.

Seterusnya, anggota hari ini juga turut memeriksa kenderaan sekitar yang mungkin mempunyai kamera papan pemuka (dashcam) bagi mengumpul bukti-bukti lain.

Siasatan akan diteruskan pagi esok susulan hujan di lokasi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan lokasi penemuan kanak-kanak istimewa itu adalah kawasan pencarian yang sudah beberapa Kali dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Hamid berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah melakukan pencarian di kawasan berkenaan sejurus menerima laporan.

Mayat Zayn Rayyan didapati mempunyai kecederaan pada bahagian leher serta badan.

Susulan itu, kertas siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka kerana didapati ada unsur jenayah terlibat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI