fbpx

Biar polis selesaikan siasatan dulu sebelum kita hulur bantuan – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas majlis di SACC hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM- Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kepada keluarga kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Martin yang ditemui mati di sebatang anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini termasuk bantuan psikologi namun dilakukan selepas polis menyelesaikan siasatan kes tersebut.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu menganggu proses siasatan berkenaan.

“Ada perkembangan terbaharu untuk kes ini semalam (Khamis) yang mana ada tanda-tanda Allahyarham Zayn Rayyan dipercayai telah dibunuh.

“Jadi sekarang ini, biar polis selesaikan kes berkenaan sebelum kita (kerajaan Selangor) datang untuk membantu mereka yang terlibat dalam kejadian ini terutama sekali ibu bapa Allahyarham,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Amirudin menjelaskan kerajaan negeri memandang serius kes tersebut kerana melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak bersalah telah dibunuh.

“Apapun, kerajaan negeri mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian Allahyarham Zayn Rayyan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mengenai penemuan mayat Zayn Rayyan di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya di Apartmen Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang kelmarin.

Polis kemudiannya mengesahkan kanak-kanak istimewa itu dipercayai dibunuh selepas hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI