fbpx

3 suspek kes tikam 27 kali disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali di aras dua, tempat meletak kereta sebuah apartment di Jalan Perak.

GEORGE TOWN – Tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian seorang penjual nasi ekonomi yang maut ditikam sebanyak 27 kali di aras dua, tempat meletak kereta sebuah apartment di Jalan Perak di sini, Selasa lalu disambung reman selama tiga hari lagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan, V.Saravanan berkata, ini bagi melengkapkan siasatan terhadap kes tersebut selepas perintah tahanan reman ke atas dua suspek lelaki dan seorang wanita itu tamat hari ini.

“Pihak polis telah mendapatkan perintah untuk menyambung reman ke atas tiga individu itu hari ini dan mahkamah benarkan reman selama tiga hari lagi.

“Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes bunuh tersebut,” katanya di sini hari, ini.

Kosmo! difahamkan, mayat mendiang akan disemadi pada pukul 3 petang, esok.

Selasa lalu, seorang lelaki warga emas berusia 60-an maut selepas ditikam 27 kali dengan menggunakan pisau kira-kira pukul 6.18 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI