fbpx

Rupanya suspek pegang pistol tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan pistol yang dirampas daripada suspek lelaki tempatan dalam kejadian pergaduhan di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jalan Sungai, Sungai Pinang, di sini, semalam merupakan senjata tiruan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata, bagaimanapun motif sebenar suspek memiliki pistol tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

“Pistol yang dirampas semalam adalah pistol palsu.

“Punca kejadian rusuhan berlaku membabitkan sekumpulan lelaki terbabit juga masih dalam peringkat siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, seramai lima suspek diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu.

Suspek pertama ditahan di lokasi kejadian ketika berada dalam keadaan cedera pada kepala, sambil memegang sepucuk pistol manakala empat lagi suspek diberkas semasa cuba melarikan diri dengan sebuah kereta.

Kesemua suspek yang berusia antara 24 hingga 34 tahun itu kini dalam tempoh reman sehingga 9 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI