fbpx

[VIDEO] Makcik Kemboja, anak dibawa bergari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIYAH diiringi anggota polis dalam keadaan tangan bergari selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

MELAKA – Usahawan berketurunan Kemboja yang mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kata-kata didakwa menghina bangsa Melayu dibawa dalam keadaan bergari selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mariyah Yaakob, 47, dibawa oleh anggota polis ke lokap mahkamah sementara menunggu urusan jaminan selepas Hakim Mohd. Sabri Ismail membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 ke atasnya.

Anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut dituduh dalam prosiding sama dan dibenarkan untuk dijamin sebanyak RM10,000.

Anak-beranak itu bagaimanpun dikenakan syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak sehingga kes selesai.

MARIYAH diiringi anggota polis dalam keadaan tangan bergari selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. – Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

Mariyah yang juga merupakan pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd. didakwa telah membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ezuan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Terdahulu ketika prosiding, Mariyah yang memakai kot merah dan berseluar putih kelihatan terpinga-pinga untuk membuat pengakuan menerusi pembesar suara sebelum dibantu oleh peguamnya.

Difahamkan setakat pukul 1 tengah hari tadi, Mariyah dan anaknya itu masih berada di lokap mahkamah susulan mengalami masalah berhubung penyerahan pasport kepada pihak mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI