fbpx

Lelaki diseret kereta lebih 20 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa diseret sejauh lebih 20 kilometer di atas jalan raya. - Pexels

NEW DELHI – Seorang lelaki di India terbunuh selepas ditolak keluar daripada sebuah kereta yang sedang bergerak dan diseret sejauh 20 kilometer di atas jalan raya, lapor laman berita Wion News semalam.

Mangsa bernama Sandeep Naqwal merupakan seorang penduduk di Awadhpuri, bandar Gwalior. Suspek merupakan sepupu kepada Sandeep, Sanjeev Naqwal dan rakannya, Rajesh Chadhar.

Kejadian itu berlaku di lebuh raya Bhopal-Gwalior pada malam 2 Disember lalu.

Ketika-tiga lelaki itu dilaporkan bertengkar semasa dalam perjalanan selepas pulang dari sebuah mahlis pengebumian dalam keadaan mabuk.

Pertengkaran itu membawa maut apabila Sanjeev dalam keadaan marah menolak Sandeep keluar dari kereta yang sedang bergerak itu.

Tanpa menyedari bahawa Sandeep masih memakai tali pinggang, Rajesh terus memandu sejauh lebih 20 kilometer. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi polis.

Pasukan peronda polis kemudian meminta kereta dinaiki mereka berhampiran plaza tol Duraha namun mangsa didapati sudah meninggal dunia.

Polis berkata, mayat Sandeep mengalami kecederaan teruk pada tengkorak dan tulang selepas diseret di atas jalan terlalu lama. Kedua-dua suspek kemudian ditangkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI