fbpx

Juruteknik kempunan Mini Cooper, ditipu keldai akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas di pekarangan Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kedah, kelmarin.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pembelian kereta terpakai jenis Mini Cooper sehingga menyebabkan mangsa berdepan kerugian RM21,150.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan, Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek lelaki berusia 57 tahun itu ditahan polis di pekarangan Balai Polis Kulim Hi-Tech di Kedah, kelmarin.

“Berdasarkan laporan, mangsa seorang lelaki berusia 44 tahun berminat untuk membeli sebuah kereta terpakai jenis Mini Cooper (S) 2.0 cc dengan harga RM37,000 setelah melihat iklan penjualan melalui Facebook Car Giant Autos dan terus berurusan dengan suspek melalui WhatsApp.

“Mangsa yang merupakan seorang juruteknik telah membuat enam transaksi secara atas talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,150 sebelum menyedari telah tertipu kerana suspek masih meminta wang,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Dalam pada itu, katanya, pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud dan sebagainya melalui sosial media. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI