fbpx

Dewan Negara: 26,645 permohonan SJKP diluluskan sejak tahun 2008

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26,645 daripada 30,841 permohonan pinjaman di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu sebanyak 86.43 peratus telah diluluskan bagi golongan belia.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, jumlah kelulusan itu adalah bagi tempoh 2008 sehingga 30 September 2023.

“Melalui inisiatif i-Biaya di bawah SJKP, kerajaan memberi jaminan had pembiayaan sehingga RM500,000. Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji atau Takaful Gadai Janji (MRTT), yuran guaman dan yuran penilaian.

“Pembiayaan adalah untuk pembeli rumah pertama termasuk belia yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti golongan ekonomi gig. Pembiayaan ini tidak terhad untuk kediaman baharu sahaja, tetapi termasuk juga rumah sedia ada atau rumah lelongan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamed Haniffa Abdullah tentang strategi dan langkah yang untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan belia serta usaha meringankan beban kos sewaan yang sesuai dengan keadaan taraf hidup masa kini.

Akmal Nasrullah berkata, sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 162 Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah siap dibina dengan 100,696 unit rumah.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 18 PPR yang merangkumi 2 projek PPR Disewa dan 16 projek PPR Sewa-Untuk-Milik (RTO) adalah di bawah seliaan KPKT.

Kata beliau, sehingga 2022, daripada 8,382 unit rumah PPR Disewa dan PPR RTO di bawah seliaan KPKT yang telah diisi, kategori ketua isi rumah paling tinggi di antara umur 31 hingga 40 tahun iaitu 35.90 peratus (3,013 orang).

“KPKT melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) turut menyediakan RMM melalui Program Kediaman SPNB dan Rumah Mesra Rakyat (RMR).

“Sehingga 30 Oktober 2023, sebanyak 25,708 unit Kediaman SPNB telah dijual dan sebanyak 17,995 unit iaitu 70 peratus adalah dimiliki golongan belia.

“Manakala, sebanyak 41,675 unit iaitu 65 peratus daripada 64,115 RMR telah dibina adalah dimiliki oleh golongan belia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI