fbpx

Suasana hiba usai tubuh Zayn Rayyan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tubuh mangsa ditemui di sebuah sungai berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, malam ini.

PETALING JAYA – Suasana hiba menyelubungi penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini sebaik sahaja jasad kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui.

Rata-rata penduduk di sini masih lagi menunggu proses membawa keluar mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di sebatang sungai berhampiran lokasi mangsa hilang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam ini.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman yang melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI